Saturday, July 17, 2010

jalan ke syurga @ neraka???


Bermula la perjalanan aku sbg seorang insan yg bernama wanita...wanita yg baru mula untuk kembali pada fitrah yg asli..iaitu kembali tunduk pada ilahi dan punyai sifat insani seperti wanita yang lain yang ingin dicintai dan mencintai...mungkin aku tak seindah bidadari ainul mardiah...atau semulia s.a khadijah atau sebijak s.a aisyah...malah aku tak mempunyai iman seperti summaiyah...kerana aku hanya hamba yang hina,,,malah lemah tanpa rahmatNYA...
Saat ini...ingin aku patrikan di hati bahawa cinta ini hanya untuk yang halal dan milik yang maha suci...Tuhan..satukan aku dgn insan yg engkau rindui..dan yg merinduimu...berikan hati ini pada hati yang sentiasa dekat padamu dan ikhlas padaku...agar aku tak terpesong dek hasutan nafsu yang selalu menarik jiwa hamba ini..Tuhan..terlalu indah nikmatmu ini hingga aku terhanyut dgn mimpi yang bisa melemahkan jiwa mukminku..moga cinta yang engkau titipkan ini memberi sinar baru dalam kamus hidupku...biar ia nyata dan halal untuk ku..kerana aku memilihnya bukan kerana rupa,harta malah darjat...tapi aku pilih dia kerana agama...mungkin agak tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa dia sebenarnya langsung tidak ada dalam senarai lelaki idamanku dulu..dia tak putih..tak tinggi..entah la...tapi dari segi agama dia lebih sempurna..semoga dialah calon imamku...dan teman hidupku...
Malangnya..aku bukan wanita sempurna untuk dia...hmmm...tak mungkin dia memilih aku yang iman tak seberapa malah selalu terdampar di lautan dosa..inilah dunia...penuh dengan ujian...lagipun..nama dia pun aku tak tahu..hmm...biar la masa yg menjadi saksi tragedi antara 2 hati ini..huhu..semuanya telah Allah sediakan dan kita cuma memilih untuk ke jalan lurus atau bersimpang...jalan syurga atau neraka...yang allah suka atau nafsu suka???semuanya di atas iman kita...aku tahu bahawa engkau tidak akan menguji kami dgn apa yg tidak kami terdaya..:)
Semoga segalanya mendapat redha maha pencipta...agar aku tak dibuai dosa..agar dia dapat hidup bahagia..ameen...Ya Rabb...aku mohon agar cinta ini hanya berpaksi pada jalan syurgaMu...kerana aku tak mahu mengulang episod berdarah itu lagi..biarlah engkau tentukan segala2nya untukku...agar aku redha dengan takdirmu...kerana aku yakin dengan janjimu..bahawa..wanita yg solehah itu untuk lelaki yang soleh dan wanita yang fasik itu untuk lelaki yang fasik..maka..tunjukkan la aku jalan ke syurga...ameen Ya Rabb...

No comments:

Post a Comment