Friday, November 5, 2010

Mawar Berduri.

Aku ingin jadi seperti mawar berduri..
indahnya menenangkan jiwa yang riuh dek resah..
harumnya hingga ke pintu syurga..
merahnya membara menarik seribu semangat di jiwa..
Malah,
Durinya melindungi jiwa.
siapa yang menghampiri akan mengkagumi sebuah ciptaan Ilahi.

Aku ingin jadi seperti Mawar berduri...
agar aku temui seekor kumbang yang berani menghampiri..
bkn kerana indahnya kelopakku ini..
atau harumnya wangian disisi..
tapi kerana aku berduri dan sukar dibawa pergi...

Aku ingin jadi Mawar berduri
dan aku mahu kau tahu ini...
kerana aku masih aku...si bunga kertas yang biasa kau temui..
yang tiada harum dan nipis imannya seperti nipisnya kelopak bunga kertas.

Namun...
harus ku akui...
aku masih bunga ciptaan Ilahi...
walau aku x seindah dan seharum mawar berduri..
akan ku cuba hingga akhirnya nanti..
walau aku tahu itu x mungkin terjadi
tapi cukuplah aku dgn aku mencontohi si mawar berduri..
biar cintaku hanya untuk Ilahi
biar Tuhan yang menilai sekuntum bunga yang pasti layu ini..

Kerana aku Hamba Ilahi
dari dulu hingga Akhirnya nanti.

Tuesday, November 2, 2010

(^^,)

Sang Murabbi

Terik matahari , tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai,tak lunturkan azammu
Ragakan terluka,geringkan hatimu
Fatamogana dunia,tak silaukan pandangmu
Tanpa kenal lelah jemu,sampaikan firman tuhanmu
.